Minggu, 24 April 2011

Kesalahan Dalam Mendidik Anak


Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat beberapa kesalahan orang tua dalam mendidik anak-anak. Yaitu sebagai berikut :


1.   Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
2.   Memaki dalam menegur kekhilafan anak-anak.
3.   Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
4.   Melahirkan suasana yang kurang akrab ketika makan.
5.   Membeda-bedakan kasih sayang terhadap anak-anak.
6.   Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
7.   Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
8.   Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
9.   Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
10. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah (piknik & olahraga) anak-anak.
11. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
12. Tidak memberi contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
13. Jarang meluangkan waktu untuk bergurau senda dengan anak-anak.
14. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
15. Tidak menggunakan bahasa yang baik.
16. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
17. Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
18. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
19. Terlalu mengekang kebebasan anak-anak.
20. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
21. Tidak menunjukkan minat kepada aktivitas anak-anak.
22. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
23. Tidak berminat melayani pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
24. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
25. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
26. Sering mengungkit sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.
27. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
28. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
29. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
30. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman kepada anak-anak.
31. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
32. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
33. Tidak menganjurkan anak-anak hidup bekerjasama.


Teknik mengajar anak menghormati dan mengeratkan hubungan ibu bapaknya :

1. Jika si ibu memarahi anak, bapak dilarang membela anak sewaktu anak itu dimarahi. Begitu pula 
    sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak hilang rasa
    hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa dilarang membentak/mengherdik/bertengkar dengan Ibu di hadapan anak. Begitulah sebaliknya.
    Anak itu akan meniru tindak tanduk ibu bapa.
3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak  masak/makan bersama, makanan hasil tangan ibu ini dapat 
    mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu. 

4. Ibu bapa harus makan bersama anak-anak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar